KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat untuk menterjemah rasa hormat kepada jalinan kerjasama yang dibina dalam Kerajaan Perpaduan selain sebagai isyarat bagi memperkukuh kedudukan kerajaan.
"Walaupun jumlah pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu telah meningkat kira-kira 50 peratus tetapi demi menghormati Kerajaan MADANI, UMNO dan komponen BN harus menghormati kerusi itu dipunyai rakan dalam Kerajaan Perpaduan.
"Jentera UMNO bukan sahaja seluruh Selangor tetapi saya yakin jentera BN terutama MCA akan bersama membantu calon berkenaan biarpun tarikh (pilihan raya kecil) belum ditentukan," kata Presiden UMNO itu dalam ucapan pada Majlis Berbuka Puasa UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan pemimpin tertinggi UMNO serta parti komponen BN.
Semalam, Ahli DUN Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat penyakit kanser.
Lee telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan itu sejak 2013 dan semasa Pilihan Raya Negeri Selangor pada Ogos tahun lepas, beliau menewaskan calon Perikatan Nasional Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Ahmad Zahid berkata keputusan itu dibuat untuk menterjemah rasa hormat kepada jalinan kerjasama yang dibina dalam Kerajaan Perpaduan selain sebagai isyarat bagi memperkukuh kedudukan kerajaan. - Gambar Bernama
KPDN rampas cermin hadapan kenderaan disyaki tiruan
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata serbuan dilakukan hasil aduan yang diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar serta risikan awal pihak KPDN.
[TERKINI] Suspek langgar pelajar sekolah mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa menetapkan 30 hari untuk perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh pelajar tingkatan lima, Disember tahun lalu.
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
Kemenangan PRK Kuala Kubu Baharu bukti kerjasama erat parti dalam PH - Fadillah
Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu semalam merupakan bukti kerjasama erat parti-parti dalam komponen itu.
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
PRK KKB: PN seolah sedar awal mereka akan tewas di KKB - Amirudin
Perikatan Nasional (PN) seolah-olah sudah mengaku kalah apabila membangkitkan soal petisyen tiga hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.